Huzairy

19 December 2025

Day 1 of 17

Hari ini, bermulalah cuti sekolah bagi penghujung tahun 2025. InsyaAllah saya akan kembali bertugas di sekolah pada 4 Januari 2026. Jadi, saya ada lebih kurang 17 hari untuk dihabiskan. Terlintas dalam diri saya untuk dokumenkan apa yang saya buat dalam tempoh cuti 17 hari ini. Saya akan menulis setiap hari, dah semoga usaha ini dapat diteruskan lagi selepas tempoh tersebut InsyaAllah.

  1. Pagi ini saya bangun dengan tumit kiri yang sakit akibat gout. Saya salahkan diri sendiri sebab makan kambing malam semalam, Walaupun saya makan sedikit sahaja, tapi disebabkan paras asid urik dalam badan saya masih lagi tinggi, jadi memang saya sengaja menempah kesakitan dan kesengsaraan. Lesson learned, no more kambing after this.
  2. Bagaikan jatuh ditimpa tangga, jari telunjuk kiri saya luka teruk akibat terkena serpihan kaca cawan ketika nak buat kopi. Teruk juga lukanya, berdenyut-denyut jari rasanya.
  3. Sepatutnya hari ni saya buat persediaan untuk Road Tour Huzairy Works x Wild Stream di Batu Gajah esok, tapi disebabkan dua insiden yang berlaku di atas, sedikit sebanyak semangat dan mental saya menjadi luntur. Program esok memang tak boleh nak tangguh sebab dah plan lama dengan team Wild Stream di Perak.
  4. Semoga saya tabah esok InsyaAllah.

25 October 2025

11 October 2025

Linkding — A self-hosted bookmark manager designed to be minimal, fast, and easy to set up.

Aplikasi sumber terbuka mirip Pinboard. Boleh dipasang di server sendiri, dan yang menariknya, compatible dengan platform ARM (Raspberry Pi).

2 October 2025

17 September 2025

Road to Keniam 2025

12 hingga 16 September 2025 yang lalu saya telah ke Sungai Keniam yang terletak di Taman Negara Pahang. InsyaAllah dalam sehari dua lagi saya akan kongsi gambar-gambar dan pengalaman semasa berada di sana.

4 September 2025

To be a successful creator you don’t need millions. You don’t need millions of dollars or millions of customers, millions of clients or millions of fans. To make a living as a craftsperson, photographer, musician, designer, author, animator, app maker, entrepreneur, or inventor you need only thousands of true fans.

Artikel yang sangat menarik untuk dibaca, ditulis oleh Kevin Kelly, pengasas Wired dot com.

28 August 2025

Johnny.Decimal is designed to help you find things quickly, with more confidence, and less stress.

You assign a unique ID to everything in your life.

These IDs help you stay organised. They impose constraints that make it harder to get lost. And you create your own index to link everything in your life together.

Sistem pengurusan untuk dokumentasi.

27 August 2025

18 August 2025

The Porsche M44.41 was the largest production 4 cylinder engine in 1989, created for the Porsche 944 S2. It is equal in power output to the 924 Carrera GT at 210PS / 280Nm. It is also the new engine for my 924 S2 project.

Video oleh Only A Roadtrip Away