Article Category : Personal
19 December 2025
Day 1 of 17
Hari ini, bermulalah cuti sekolah bagi penghujung tahun 2025. InsyaAllah saya akan kembali bertugas di sekolah pada 4 Januari 2026. Jadi, saya ada lebih kurang 17 hari untuk dihabiskan. Terlintas dalam diri saya untuk dokumenkan apa yang saya buat dalam tempoh cuti 17 hari ini. Saya akan menulis setiap hari, dah semoga usaha ini dapat diteruskan lagi selepas tempoh tersebut InsyaAllah.
- Pagi ini saya bangun dengan tumit kiri yang sakit akibat gout. Saya salahkan diri sendiri sebab makan kambing malam semalam, Walaupun saya makan sedikit sahaja, tapi disebabkan paras asid urik dalam badan saya masih lagi tinggi, jadi memang saya sengaja menempah kesakitan dan kesengsaraan. Lesson learned, no more kambing after this.
- Bagaikan jatuh ditimpa tangga, jari telunjuk kiri saya luka teruk akibat terkena serpihan kaca cawan ketika nak buat kopi. Teruk juga lukanya, berdenyut-denyut jari rasanya.
- Sepatutnya hari ni saya buat persediaan untuk Road Tour Huzairy Works x Wild Stream di Batu Gajah esok, tapi disebabkan dua insiden yang berlaku di atas, sedikit sebanyak semangat dan mental saya menjadi luntur. Program esok memang tak boleh nak tangguh sebab dah plan lama dengan team Wild Stream di Perak.
- Semoga saya tabah esok InsyaAllah.