Huzairy

22 July 2025

Artikel interaktif behind the scene industri kabel dasar laut. Atas usaha mereka inilah kita dapat menikmati internet berkelajuan tinggi sekarang. Namun, ramai yang tidak tahu, usaha meletakkan kabel di dasar laut ini sudah bermula sejak tahun 1989.

The industry responsible for this crucial work traces its origins back far beyond the internet, past even the telephone, to the early days of telegraphy. It’s invisible, underappreciated, analog. Few people set out to join the profession, mostly because few people know it exists.

Sumber: The Verge

Filem dokumentari yang mengisahkan tentang dunia analog yang cuba dihidupkan semula ketika dunia sekarang ke arah 100% digital. Agak menarik apabila mengetahui syarikat besar seperti Meta (Facebook) turut serta dalam gerakan ini.

Rating peribadi? 9/10

Oleh kerana saya telah mengambil keputusan untuk aktif semula menulis, maka secara automatik kemahiran menulis saya perlu diasah semula. Tiada kaedah yang paling cepat dan praktikal selain kekal menulis setiap hari, dan sekerap yang boleh.

Laman web Wrong Side of Write banyak menghimpunkan artikel berkenaan seni dalam penulisan artikel.

Basically, we’re all here because writing (and the English language) is an endlessly infuriating practice that constantly makes us question what we’re doing, how to do it, and if other people are going through the same shit. Answers: I don’t know, I don’t know, and I’m pretty sure they are.

Walaupun sekarang merupakan zaman video dan AI, saya yakin dan percaya medium penulisan masih lagi relevan dan akan kekal sampai bila-bila.